Sunday, December 5, 2010

KELEBIHAN GINKGO.....


1. Apa itu Ginkgo?

Ginkgo adalah antara pokok tertua di dunia dan telah wujud semenjak 300 juta tahun dahulu. Sepohon ginkgo boleh hidup hingga 1000 tahun. la amat tahan terhadap serangan serangga, bakteria, virus, pencemaran dan penuaan.

Daun ginkgo digunakan sebagai ubat tradisional semenjak 5000 tahun dahulu bermula di China dan telah berkembang penggunaannya ke serata dunia. Produk ini semakin mendapat perhatian di Eropah semenjak 30 tahun kebelakangan ini.

Penyelidikan moden mengenai kandungan daun ginkgo telah dilakukan di Jerman 40 tahun lalu. Pada tahun 1994, ia menjadi herba no.1 yang diberikan oleh doktor di Jerman. Produk ini disahkan selamat dan berkesan oleh Jabatan Kesihatan Persekutuan Jerman. Pada tahun yang sama, ia adalah herba yang ke-5 terlaris jualannya di Amerika Syarikat.

2. Apa Kelebihan Ginkgo ?

i) Mengembangkan saluran darah dan meningkatkan keupayaan pengaliran darah setiap tisu di seluruh tubuh sehingga urat saraf menjadi lebih baik.
ii) Menghalang pengumpulan platlet berlebihan. Oleh itu risiko pembentukan darah beku yang mungkin menyebabkan serangan jantung, angin ahmar dapat dikurangkan.
iii) Anti pengoksidaan yang aktif terutama terhadap superoksida radikal bebas.
iv) Kandungan bilobalida mengandungi bahan pelindung sistem saraf.

3. Apa Kesan ginkgo ?

i. Otak
Menambahkan pengaliran darah dan oksigen kepala ke otak. memperbaiki daya ingatan, meningkatkan kuasa tumpuan, memperkuatkan daya berfikir dan fungsi mental seperti lebih awas, Mengurangkan masalah nyanyuk.

ii. Mata
Melindungi retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan mata menjadi kabur dan boleh membawa kepada buta.

iii. Telinga
Melegakan masalah bunyi berdesing di telinga (tinnius) dan pening (vertigo).

iv. Sistem Kardiovaskular
Mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar, mengurangkan kepekatan dan kemungkinan pembekuan darah.

v. Tangan & kaki
Membantu masalah kebas ditangan dan kaki, mengurangkan masalah bengkak, membantu masalah tangan dan kaki sejuk, membantu masalah sengal, lenguh-lenguh, kekejangan terutama di bahagian lutut dan ke bawah.

No comments:

Post a Comment