Wednesday, February 16, 2011

ST7... Minuman Pelansingan Badan

Keluaran TERBARU !!! 

Minuman Pelansingan Badan ST7

Kuantiti : 15 sachet 
Harga : RM 45

* Diformulasi dari ekstrak buah-buahan dan tumbuhan terpilih. 

Keistimewaan : 

- Minuman pelansingan badan
- Membantu mengatasi masalah sembelit 
- Mampu mengurangkan berat badan
- Mengatasi masalah ulser
- Mengurangkan kolestrol 
- Mengandungi vitamin & mineral untuk meningkatkan tahap kesihatan
- sesuai untuk lelaki & perempuan ......

Cara Penyediaan : 

- Masukkan 150ml air sejuk ke dalam gelas 
- Masukkan 1 sachet ST7 & biarkan ia larut 

* Boleh dicampur bersama jus.

Sunday, December 5, 2010

KELEBIHAN GINKGO.....


1. Apa itu Ginkgo?

Ginkgo adalah antara pokok tertua di dunia dan telah wujud semenjak 300 juta tahun dahulu. Sepohon ginkgo boleh hidup hingga 1000 tahun. la amat tahan terhadap serangan serangga, bakteria, virus, pencemaran dan penuaan.

Daun ginkgo digunakan sebagai ubat tradisional semenjak 5000 tahun dahulu bermula di China dan telah berkembang penggunaannya ke serata dunia. Produk ini semakin mendapat perhatian di Eropah semenjak 30 tahun kebelakangan ini.

Penyelidikan moden mengenai kandungan daun ginkgo telah dilakukan di Jerman 40 tahun lalu. Pada tahun 1994, ia menjadi herba no.1 yang diberikan oleh doktor di Jerman. Produk ini disahkan selamat dan berkesan oleh Jabatan Kesihatan Persekutuan Jerman. Pada tahun yang sama, ia adalah herba yang ke-5 terlaris jualannya di Amerika Syarikat.

2. Apa Kelebihan Ginkgo ?

i) Mengembangkan saluran darah dan meningkatkan keupayaan pengaliran darah setiap tisu di seluruh tubuh sehingga urat saraf menjadi lebih baik.
ii) Menghalang pengumpulan platlet berlebihan. Oleh itu risiko pembentukan darah beku yang mungkin menyebabkan serangan jantung, angin ahmar dapat dikurangkan.
iii) Anti pengoksidaan yang aktif terutama terhadap superoksida radikal bebas.
iv) Kandungan bilobalida mengandungi bahan pelindung sistem saraf.

3. Apa Kesan ginkgo ?

i. Otak
Menambahkan pengaliran darah dan oksigen kepala ke otak. memperbaiki daya ingatan, meningkatkan kuasa tumpuan, memperkuatkan daya berfikir dan fungsi mental seperti lebih awas, Mengurangkan masalah nyanyuk.

ii. Mata
Melindungi retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan mata menjadi kabur dan boleh membawa kepada buta.

iii. Telinga
Melegakan masalah bunyi berdesing di telinga (tinnius) dan pening (vertigo).

iv. Sistem Kardiovaskular
Mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar, mengurangkan kepekatan dan kemungkinan pembekuan darah.

v. Tangan & kaki
Membantu masalah kebas ditangan dan kaki, mengurangkan masalah bengkak, membantu masalah tangan dan kaki sejuk, membantu masalah sengal, lenguh-lenguh, kekejangan terutama di bahagian lutut dan ke bawah.

BioHerbs : Kulim Pro-Tech Engineering

Kulim Pro-Tech Engineering Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang komited untuk mengeluarkan produk-produk yang berkesan dan bermutu tinggi dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang di jamin halal serta selamat untuk di gunakan. Ia menjalankan aktiviti pengilangan produk makanan dan produk cucian. Selain itu, KPT juga memberi peluang kepada syarikat luar yang berminat untuk mengilangkan produk kesihatan mereka “Contract Manufacturer”.

Tumpuan syarikat adalah penghasilan produk yang berasaskan bioteknologi dan herba. KPT seiring dengan seruan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Razak yang seiring menekankan supaya bidang bioteknologi di majukan kerana yakin dengan kemampuannya untuk menjadi penggerak ekonomi Negara. Industri bioteknologi dan herba telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri yang sangat berpotensi untuk dimajukan dalam abad ke-21. Penggunaan bioteknologi dalam inovasi dan pembangunan produk mampu untuk memberi ‘value added’ untuk setiap yang di hasilkan.

Sebagai permulaan KPT telah menyusun strategi yang paling efektif berserta rancangan perniagaan yang mantap, telah di rangka oleh pimpinan syarikat, di yakini mampu membawa KPT untuk menembusi pasaran industri makanan dan farmaseutikal di peringkat nasional dan seterusnya antarabangsa.

Di tambah dengan keupayaan dengan melihat keadaan dan peluang pasaran hari ini yang semakin menjurus kepada kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna terutamanya kepada produk berkualiti, natural dan tanpa mempunyai sebarang kandungan bahan kimia yang boleh memberi kesan sampingan jangka panjang serta terjamin halal mengikut syariat Islam. Keprihatinan tentang kesihatan yang semakin meningkat mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk  yang berkhasiat yang boleh menyokong dan membantu memperbaiki mutu kehidupan.

*** Untuk maklumat lanjut, sila lawati : http://bioherbs.com.my/